Dana Ilmu Endowmen Islam
Logo Tabung Waqfi

Memperkasakan ekonomi pendidikan dan dakwah ummah melalui sumbangan berimpak tinggi bersama Dana Ilmu Endowmen Islam.

RM1,000,000
Terkumpul setakat ini: RM0
0 orang telah menderma

Mengapa Endowmen Pendidikan?

Pengalaman membuktikan bahawa institusi yang disokong oleh dana endowmen (waqaf tunai/pelaburan) terus ampuh bertahan walau dilanda krisis seperti pandemik.

Namun, banyak Madrasah dan NGO Islam di Malaysia sering bergelut dengan kewangan. Ilmu pengurusan endowmen ini amat penting bagi memastikan mereka tidak sekadar bergantung pada derma bulanan semata-mata, sebaliknya mampu membina kelestarian ekonomi sendiri.

  • Modal asal dikekalkan
  • Keuntungan disalurkan untuk pendidikan
  • Pengurusan telus & Patuh Syariah
Gambar Pendidikan 1 Gambar Pendidikan 2 Gambar Pendidikan 3

Mekanisme Legasi Berganda

Bagaimana sumbangan anda dikembangkan dan memberi manfaat secara berterusan.

1. Sumbangan Tunai

Sumbangan anda dimasukkan ke akaun khas Dana Ilmu Endowmen Islam Yayasan MATRI (Terbuka untuk resit pelepasan cukai).

2. Penjanaan Tabung

Keseluruhan dana diuruskan secara patuh Syariah. Modal asal dikekalkan dan dilaburkan untuk berkembang.

3. Pembiayaan Ilmu

Dividen pelaburan disalurkan sepenuhnya untuk membiayai program advokasi kepada asnaf & institusi terpilih.

4. Amal Jariah Berganda

Setiap keluarga Muslim, Institusi Pendidikan dan NGO Islam masing-masing mempunyai endowmen mereka sendiri.

Siapa Bakal Menerima Manfaat?

Endowmen Keluarga

Membangunkan kesedaran kepada unit asas masyarakat untuk menubuhkan dana warisan jariah keluarga.

Madrasah & Tahfiz

Menyelamatkan institusi pendidikan dari terus bergantung pada kutipan derma semata-mata.

NGO Islam

Memperkasakan jentera dakwah supaya kebajikan dapat diteruskan dengan bajet terjamin setiap tahun.

Bagaimanakah Cara Saya Membina Endowmen Islam?

Langkah 1

Mendapatkan Sokongan Kepimpinan

Transformasi yang diperlukan bagi membina Endowmen hanya akan berjaya apabila kepimpinan sesebuah keluarga atau organisasi memahami kepentingan sesebuah endowmen, cara membina endowmen tersebut dan memahami peranan yang perlu mereka mainkan untuk menjayakan usaha ini.

Mendapatkan Sokongan Kepimpinan
Langkah 2

Menandatangani MOU Kerjasama

Endowmen yang akan dibina perlu menggunakan platform punca kuasa yang sah. Kerana itulah, sebuah kerjasama MOU akan ditandatangani antara penerima manfaat endowmen dengan pihak Yayasan yang mempunyai punca kuasa yang sah untuk mengutip, mengurus, melabur dan mengagih hasil manfaat sesebuah endowmen.

Menandatangani MOU Kerjasama
Langkah 3

Pembangunan Kapasiti Pengumpulan Dana

Pembangunan kapasiti secara bulanan antara 6 bulan hingga setahun dijalankan terhadap penerima manfaat dalam bentuk bengkel pelatihan (training) dan bimbingan pementoran bagi membina keupayaan untuk mencari dana menggunakan kelebihan dan kekuatan organisasi masing-masing untuk mengisi endowmen.

Pembangunan Kapasiti Pengumpulan Dana
Langkah 4

Advokasi kepada Pemegang Taruh Endowmen

Sesi advokasi diadakan secara bersiri dengan para pemegang taruh endowmen. Apabila mereka turut memahami manfaat yang bakal mereka terima, pemegang-pemegang taruh inilah yang akan menjadi pendokong terkuat endowmen.

Advokasi kepada Pemegang Taruh Endowmen

Potensi Endowmen yang telah Ditubuhkan

Hasil Pembangunan Kapasiti Pengumpulan Dana Endowmen Islam

Logo As-Syddiq

Sekolah Rendah Islam As-Syddiq

Simpang Renggam, Johor

Potensi Endowmen Tahunan

RM 1,032,015.00

Logo Ummi

Sekolah Rendah Islam Ummi

Alor Setar, Kedah

Potensi Endowmen Tahunan

RM 1,504,713.60

Logo Ibnu Abbas

Sekolah Rendah Islam Ibnu Abbas

Kuantan, Pahang

Potensi Endowmen Tahunan

RM 2,178,749.41

Logo Ibn Khaldun

Sekolah Rendah Ibn Khaldun

Shah Alam, Selangor

Potensi Endowmen Tahunan

RM 8,754,914.00

Logo SMA Kg Laut

Sekolah Menengah Agama Kg. Laut

Kuala Terengganu, Terengganu

Potensi Endowmen Tahunan

RM 1,444,179.00

Logo Attarbiyah

Ma’had Attarbiyah Al-Islamiyah

Beseri, Perlis

Potensi Endowmen Tahunan

RM 1,990,614.00

Logo SM Ibn Khaldun

Sekolah Menengah Ibn Khaldun

Shah Alam, Selangor

Potensi Endowmen Tahunan

RM 6,683,640.00

Logo Ibnu Qayyim

Sekolah Rendah Islam Ibnu Qayyim

Kuala Terengganu, Terengganu

Potensi Endowmen Tahunan

RM 2,893,312.00

Logo Ibrah

Sekolah Rendah Agama 'Ibrah

Permatang Pauh, Penang

Potensi Endowmen Tahunan

RM 877,568.00

...termasuk 24 Madrasah dan NGO serta 154 keluarga yang sudah mula membina endowmen masing-masing!!

Saham Akhirat Bermula Di Sini

Tunggu apa lagi? Mari bersegeralah merebut tawaran legasi berganda daripada Allah SWT. Setiap ringgit anda adalah benih yang tidak akan putus pahalanya.