Memberi
manfaat
Amanah menjalankan tanggungjawab
Telus dalam
pengurusan dana
Relevan terhadap keperluan semasa
Istiqamah dalam kebajikan
Misi
Memperkasa komuniti sasaran melalui inisiatif yang inovatif dan lestari dalam persekitaran yang kondusif berdasarkan amalan pengurusan yang berkualiti.
Komuniti Sasaran

Sertai kami untuk menyumbang kepakaran teknikal masing-masing dalam memberi khidmat bantuan buat masyrakat dan individu yang memerlukan.

Skop Objektif Kami
Fokus Yayasan MATRI bagi objektif ini adalah pemerkasaan institusi pendidikan komuniti seperti sekolah komuniti, pusat-pusat pelatihan komuniti, madrasah dan pondok tanpa pergantungan kepada hasil derma orang ramai. Melalui khidmat pembangunan organisasi, penambahbaikan perkhidmatan dan pengurusan endowmen telus yang ditawarkan oleh Yayasan MATRI, bakal mengubah institusi pendidikan komuniti ini menjadi sebuah organisasi yang menawarkan perkhidmatan yang lestari.
Yayasan MATRI menyasarkan dua tumpuan dalam perkhidmatan kebajikan. Yang pertama adalah pemerkasaan organisasi-organisasi kebajikan atau kemasyarakatan. Pendekatan ini adalah sama seperti pendekatan bagi skop Pendidikan. Tumpuan yang kedua adalah pemerkasaan masyarakat yang kurang bernasib baik, kekurangan upaya, stateless dan miskin tegar. Namun pemerkasaan masyarakat ini akan difokuskan kepada mereka yang bersedia dan komited untuk ditransformasikan melalui program-program pembinaan kapasiti yang terancang lagi berimpak.
Melalui objektif ini, Yayasan MATRI menggunakan pendekatan dakwah yang lembut dalam mendekati masyarakat sasaran. Pendekatan dakwah secara lembut ini termasuklah pendekatan Al-Hikmah (mengikut kesesuaian sasaran) dan Al-Maw’ziyah AlHasanah (nasihat yang lembut). Pendekatan dakwah ini ditetapkan melalui perkhidmatan-perkhidmatan pemerkasaan masyarakat sasaran.

Program Kami

"Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan." Surah al-Kahfi: 46

Berita

Salah satu matlamat Yayasan MATRI adalah menganjurkan program dan aktiviti kemasyarakatan yang dapat memberi manfaat kepada golongan sasaran dan memerlukan.

Menderma Dengan YAYASAN MATRI

5590 1200 0384

0901 0010 0570 45

Emailkan Resit ke:

admin@yayasanmatri.org

No. Pelepasan Cukai:
LHDN.01/35/42/51/179-6.4903

+603-8920 3500

Sumbangan wakaf dikecualikan daripada cukai pendapatan bawah subseksyen 44(11C) Akta Cukai Pendapatan 1967

No. Rujukan Kementerian Kewangan
(8.09)248/40/7-2078)
Bertarikh 16 April 2014