📣 DIDIKBAKTI: KEMBARA KOMUNITI BORNEO 2026
⏳ Kurang 45 Hari Lagi!
💛 Ayuh Bersama Menjayakan Misi Mahasiswa Membawa Bakti ke Sabah!
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 🌿
Mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs) bakal menyertai Program DidikBakti: Kembara Komuniti Borneo 2026 yang akan berlangsung pada 13–16 Ogos 2026 di Kg. Hidayat, Pulau Bum-Bum, Semporna, Sabah.
🎯 Tema: Mahasiswa Pemangkin Perubahan Komuniti
Program ini memfokuskan usaha memperkasa komuniti melalui pendidikan, kebajikan dan khidmat masyarakat. Antara pengisian utama ialah:
📚 Sekolah Alternatif – Menyalurkan bantuan sokongan pendidikan kepada anak-anak stateless komuniti Bajau melalui sumbangan bahan pembelajaran, aktiviti pendidikan, motivasi serta pembangunan sahsiah.
🏘️ Komuniti Rentan Pesisir – Melaksanakan program kebajikan, ziarah komuniti, gotong-royong dan aktiviti pemberdayaan masyarakat di perkampungan sasaran.
🎯 Sasaran Kutipan: RM15,000
Dana yang disumbangkan akan digunakan bagi:
✅ Bantuan sokongan pendidikan di Sekolah Alternatif
✅ Pengangkutan dan logistik mahasiswa
✅ Bahan pendidikan dan modul aktiviti
✅ Bantuan kebajikan kepada komuniti rentan pesisir
✅ Peralatan serta keperluan pelaksanaan program
🤝 Kami mengalu-alukan sumbangan daripada individu, keluarga, syarikat dan organisasi bagi menjayakan misi ini.
📞 Pertanyaan:
Ustaz Alif Mahadzir
📱 018-326 4158
💛 Setiap sumbangan, walau sekecil mana nilainya, amat bermakna. Bersama-sama kita menyokong pendidikan anak-anak stateless dan menyantuni komuniti rentan pesisir di Semporna.
Jazakumullahu khairan kathira atas sokongan dan doa. Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah yang berkekalan. 🤲