PEMBIAYAAN DIGITAL BILLBOARD – ASET PENJANA DANA

“Satu Aset, Dana Berterusan: Bantu KTD Memiliki Kampus Tetap Melalui Teknologi Digital”

Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) kini berada di lokasi yang sangat strategik di tengah bandar Kota Bharu. Namun, hakikatnya kami masih menyewa dengan kos RM15,000 sebulan daripada pihak MARA, dan kos ini akan meningkat 10% setiap 3 tahun.

Setiap tahun, RM180,000 dana pendidikan terpaksa disalurkan untuk membayar sewaan sahaja.

SOLUSI KREATIF KTD: MENUKAR VISIBILITI KEPADA ASET Kami tidak mahu terus menyewa. Kami mahu memiliki kampus tetap. Caranya? Melalui Projek Digital Billboard KTD.

Dengan kedudukan kampus di jalan utama yang mempunyai visibility tinggi, pemasangan Digital Billboard akan menjadi:

  • Aset Penjana Dana: Menjana pendapatan iklan secara berterusan.

  • Dana Pembelian Kampus: Hasil keuntungan akan dikumpulkan khas untuk misi pembelian kampus tetap atau aset tetap kolej.

  • Kelestarian Pendidikan: Mengurangkan kebergantungan kepada sumbangan semata-mata dengan membina model perniagaan yang mampan.

Sasaran Dana: RM200,000 Lokasi: Kolej Teknologi Darulnaim, Kota Bharu.

Sumbangan anda hari ini adalah pelaburan untuk kelangsungan pendidikan anak bangsa di masa hadapan.

1
RM555.00 of RM200,000.00