السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
MASDAR akan melancarkan lagi Program HARAMAIN 3.0. Merangkumi perjalanan ke Mekah dan Madinah untuk menunaikan ibadah Umrah, Kursus Bahasa Arab (University Madinah) dan Pengajian al- Quran (Masjid Nabawi) serta perjalanan ziarah ke tempat² bersejarah.
Bagi menampung kos program yang belum mencukupi, MASDAR membuka peluang kepada semua bantu meyumbang bagi melancarkan perjalanan program, yang dijadualkan pada awal tahun 2026.
Jutaan terima kasih kami ucapkan, dan selayaknya balasan yang paling sempurna atas kebaikan tuan/puan adalah daripada sebaik-baik pemberi balasan iaitu Allah SWT. Kami doakan juga semoga tuan/puan dikurniakan kebaikan yang terbaik di dunia juga kebaikan di akhirat.
Terima kasih. ☺️



