Tentang Kami

Yayasan MATRI adalah sebuah yayasan yang berorientasikan pendidikan, kemanusiaan dan keagamaan dengan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri.

Yayasan MATRI merupakan kesinambungan dari usaha melahirkan insan yang beriman dan berakhlak mulia melalui satu sistem pendidikan yang menyeluruh bernama Ma’had At-Tarbiyah Al-Islamiyah (MATRI). MATRI memerlukan pendanaan bagi memastikan proses pendidikan insan dapat diteruskan, tapak sekolah perlu diperluaskan, infrastruktur baharu perlu didirikan, alat bantuan pembelajaran dan pengajaran perlu ditambah selain daripada membantu pelajar – pelajar miskin dan anggota masyarakat setempat yang kurang berkemampuan. Oleh yang demikian, Lembaga Tadbir MATRI telah memutuskan untuk menubuhkan sebuah institusi kewangan yang boleh mengutip derma daripada masyarakat dan mengembalikan hasil derma mereka melalui pelepasan cukai.

Satu permohonan telah dihantar kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 1 September 1998 dan pada 20 November 1998 permohonan tersebut telah diluluskan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952.
Pada 1 Oktober 2000, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia telah meluluskan pelepasan cukai kepada Yayasan MATRI untuk mengutip derma daripada orang ramai dan seterusnya menyalurkan derma tersebut kepada pihak-pihak yang memerlukan.

Namun demikian, menyedari akan potensi Yayasan MATRI dalam memberi impak yang lebih besar dan menyeluruh kepada masyarakat, Pemegang Amanah Yayasan MATRI telah membuat keputusan untuk memindahkan operasi ke alamat baharu di A-03-2 Medan Pusat Bandar 5, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor pada 8 Ogos 2018.

Seterusnya, pada sekitar bulan Oktober 2019, Pemegang Amanah Yayasan MATRI telah mengambil keputusan untuk merombak semula halatuju dan visi Yayasan ini supaya perkhidmatan yang ditawarkan adalah sesuai dengan keperluan dan releven pada masa kini. Melalui khidmat kepakaran dari alumni – alumni sekolah tersebut dalam bidang kebajikan di peringkat antarabangsa, Yayasan MATRI sedang membawa masuk perkhidmatan-perkhidmatan, kaedah-kaedah, peralatan dan amalan baik yang terkini hasil dari pemindahan kepakaran dari badan-badan kebajikan antarabangsa untuk ditawarkan kepada masyarakat Malaysia.
Visi
Pemangkin Pembangunan Masyarakat Yang Lestari
Misi
Memperkasa komuniti sasaran melalui inisiatif yang inovatif dan lestari dalam persekitaran yang kondusif berdasarkan amalan pengurusan yang berkualiti.
Objektif

AHLI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH

AL-FADHIL USTAZ HAJI OMAR BIN HJ SALLEH
Al-Fadhil Ustaz Haji Omar berpengalaman luas dalam bahagian pendidikan agama Islam. Latar belakang pendidikan beliau bermula di Kolej Islam Kelang dan kemudian menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kerjaya Al-Fadhil Ustaz Haji Omar bermula di SMK Tengku Mahmud Iskandar, Johor (1969-1973), kemudian berpindah ke SMK Dato’ Syeikh Ahmad, Perlis (1974-1977), seterusnya berkhidmat di SMK Agama Alawiyah Arau (1977-1980). Atas prestasi kerja yang cemerlang, Al-Fadhil Ustaz Haji Omar berkhidmat di Jabatan Pendidikan Perlis sebagai Ketua Penolong Pengarah Pendidikan Islam dari tahun 1992 sehingga tahun 2000. Beliau seterusnya berkhidmat di Ma’had At-Tarbiyah Al-Islamiyah (MATRI) dari tahun 2000 hingga sekarang dan diamanahkan untuk menggalas jawatan Pengetua dari Tahun 2011 sehingga 2017.
Dr. Ismail Bin Nayan merupakan seorang doktor perubatan yang berpengalaman luas dalam bidang perubatan keluarga. Beliau memulakan pendidikan di SMK Kuala Perlis dan seterusnya belajar di sekolah cemerlang, Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR). Belau kemudiannya menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti Iskandariah, Mesir. Dr. Ismail telah bekerja dalam perubatan swasta selama hampir 40 tahun dan kini menguruskan sebuah klinik persendirian di Kangar, Perlis.
Dr. ISMAIL BIN NAYAN

TUAN HAJI KHAIRUL ANWAR BIN HAJI HUSIN

Tuan Haji Khairul Anwar bin Hj Husin merupakan seorang ahli farmasi yang berpengalaman Luas. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Farmasi daripada Universiti Sains Malaysia pada tahun 1988. Beliau pernah berkhidmat dalam sektor kerajaan dan kini merupakan telah membuka farmasi daripada tahun 2000 sehingga kini. Selain itu, beliau bukan seorang yang asing dalam aktiviti kemasyarakatan di Negeri Perlis melalui  penglibatan beliau dalam badan-badan bukan kerajaan (NGO). Beliau kini merupakan Yang Dipertua  Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan (HALUAN) Cawangan Negeri Perlis.

Sr. Sabaruddin mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pengurusan hartanah. Beliau mempunyai latar belakang pendidikan dari Diploma dan Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Hartanah dari Universiti Teknologi MARA (UiTM). Pengalaman kerja beliau termasuklah menjadi pengurus firma Jurunilai Bersekekutu (1985-1992), pengarah firma perunding hartanah Nasir Sabaruddin & Associated cawangan Temerloh dan Kuantan dari tahun 1992 hingga kini, pengerusi Koperasi Bimbingan Insan Pahang Berhad semenjak tahun 1996 sehingga sekarang dan merupakan pengerusi Koperasi Ikhtisas Malaysia Berhad semenjak tahun 2010 sehingga kini. Sr. Sabaruddin juga merupakan seorang pelelong berdaftar untuk negeri Pahang semenjak tahun 1994 sehingga kini.
SABARUDDIN BIN MOHAMMED ALIAS
AL-FADHIL USTAZ HAJI ABDUL HADI BIN OSMAN
Al-Fadhil Ustaz Haji Abdul Hadi telah lama berkecimpung dalam bahagian pendidikan agama Islam. Beliau memulakan pendidikan beliau di Madrasah Al-Alawiyah Arau, dan kemudiannya di Kolej Islam Kelang seterusnya menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia. Al-Fadhil Ustaz Haji Abdul Hadi berpengalaman mengajar di Sekolah Kerajaan selama 20 tahun dan hampir sedekad berkhidmat di Jabatan Pendidikan Perlis sebagai Ketua Penolong Pengarah Pendidikan Islam. Beliau banyak menerima jemputan untuk menyampaikan ceramah-ceramah di jabatan – jabatan kerajaan, sekolah dan kursus-kursus di sekitar Perlis dan Kedah. Al-Fadhil Ustaz Haji Abdul Hadi juga merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis dari tahun 1980 hingga tahun 2019. Ustaz Abdul Hadi telah dinobatkan sebagai tokoh Kemerdekaan ke 55 peringkat Negeri Perlis, Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis dan Anugerah Tokoh Guru 2020 Peringkat Negeri Perlis.
Tuan Haji Mohd Sabri memiliki pengalaman yang luas dalam penilaian dan pentaksiran hartanah di Malaysia. Berkelulusan Sarjana Muda Ukur (Pengurusan harta tanah) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), beliau merupakan penilai dan agen estet yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH) dan ahli The Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM). Tuan Haji Mohd Sabri telah berkhidmat dengan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) selama 23 tahun bermula sebagai pegawai penilaian sehingga menjawat jawatan pengarah negeri.
TUAN HAJI MOHD SABRI BIN MD YUDIN
PUAN HAJJAH ALFIAH BINTI SAMINGAN
Puan Hajjah Alfiah memiliki pengalaman yang luas dalam penilaian dan pentaksiran hartanah di Malaysia. Beliau berpendidikan Diploma Penilaian dan Pengurusan Hartanah dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Puan Hajjah Alfiah telah berkhidmat dengan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) selama 32 tahun bermula sebagai pembantu pegawai penilaian sehingga jawatan terakhir sebagai Pegawai Suruhanjaya Bangunan di Pejabat Daerah Kuala Langat.

JAWATANKUASA PELAKSANA

Sijil Pendaftaran

Yayasan MATRI di daftarkan pada 1 September 1988.