LEGASI AMAL JARIAH LESTARI

APAKAH ITU BAITI WAQFI?

Baiti Waqfi by Yayasan MATRI ialah sebuah perkhidmatan pengurusan amanah harta yang telah diikrarkan oleh penyumbang bagi tujuan memberikan amal jariah yang berpanjangan kepada penerima manfaat. Ianya dilaksanakan mengikut kaedah endowmen namun menepati konsep wakaf yang berlandaskan syarak.

APAKAH KEPENTINGAN BAITI WAQFI?

Dalam satu hadis Rasulullah SAW bersabda mengenai amalan wakaf ini diberikan ganjaran pahala yang berterusan meskipun si pewakaf sudah meninggal dunia:

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِنْ ‌صَدَقَةٍ ‌جَارِيَةٍ، ‌أَوْ ‌عِلْمٍ ‌يُنْتَفَعُ ‌بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Maksudnya: Apabila telah mati seorang manusia, maka terputuslah baginya pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.

Riwayat Muslim (1631)

Bagaimanakah Pelaksanaan Baiti Waqfi?

  1. Harta/aset diikrarkan kepada Yayasan MATRI sebagai Pemegang Amanah.
  2. Dilaksanakan melalui kaedah wasiat 1/3 atau hibah.
  3. Penyumbang boleh memilih untuk mencairkan harta/aset kepada wang tunai jika harta/aset tersebut bukan dalam kategori produktif.
  4. Harta/aset yang produktif akan menghasilkan penjanaan melalui sewaan atau dividen.
  5. Hasil penjanaan ini akan disalurkan bagi membiayai aktiviti amal jariah mengikut hasrat penyumbang.
  6. Laporan penyaluran kepada aktiviti amal jariah dan impak kepada penerima manfaat akan diberikan kepada waris.

Perjalanan Kita Masih Jauh Lagi

Berikut adalah Kempen Infaq-Endowmen mengikut Negeri

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi: