SERi Aulad Fest 2026
Sasaran Kutipan: RM11,000.00
Mini karnival seperti hari terbuka Sekolah Rendah Al Ihsan dilaksanakan dengan kerjasama Haluan Perak, PIBG SERI dan Sekolah Rendah Al-Ihsan. Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik dan booth jualan dan pameran sempena Seri Aulad Fest 2026. Terbuka kepada komuniti setempat, sekitar perak dan komuniti Sekolah Rendah Al-Ihsan.
Masalah Projek:
1️⃣ Interaksi Sekolah dan Komuniti Terhad
- Hubungan lebih tertumpu kepada urusan rasmi sahaja
- Kurang ruang santai untuk membina jaringan dan sokongan bersama
2️⃣ Kurang Platform Aktiviti Keluarga Berteraskan Nilai Islam
- Program komuniti yang mendidik dan berunsur tarbiah masih terhad
- Keluarga memerlukan aktiviti alternatif yang sihat dan bermanfaat
3️⃣ Peluang Menonjolkan Bakat & Potensi Murid Terhad
- Murid kurang ruang untuk menunjukkan kreativiti dan bakat di hadapan komuniti
Solusi Projek:
✔️ Hubungan sekolah–komuniti lebih erat
✔️ Sekolah menjadi pusat pembangunan masyarakat
✔️ Murid lebih yakin dan berani tampil
✔️ Meningkatkan kesedaran dan sokongan terhadap misi pendidikan SERI



