























Alhamdulillah, sasaran kutipan dana bagi Projek Penjanaan Dana Pasif yang Lestari melalui Penjimatan Penggunaan Tenaga Elektrik telah berjaya dicapai dengan jumlah RM60,004.96.
Dana ini telah digunakan untuk pemasangan satu set sistem solar di Dewan Makan Utama, Ma’had At-Tarbiyah Al-Islamiyah (MATRI) pada 12 Ogos 2025.
Projek ini adalah hasil inisiatif Yayasan MATRI melalui Program Tajaan Sistem Solar bagi mengurangkan kos penggunaan tenaga elektrik secara berterusan, sekaligus menjana penjimatan yang dapat dimanfaatkan untuk tujuan pendidikan dan pembangunan pelajar.
Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah bersama merealisasikan projek ini. Semoga setiap penjimatan tenaga elektrik daripada pemasangan set sistem solar ini akan menjadi amal jariah berpanjangan buat para penyumbang.

