Program Pemberian Bantuan Kerajaan kepada Badan bukan Kerajaan (NGO) bagi Perlaksanaan Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) Tahun 2024

Share This Post

Yayasan Matri telah diberi kepercayaan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk melaksanakan program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) tahun 2024. Objektif program ini ialah meningkatkan pendapatan isi rumah peserta sebanyak RM750.00 sebulan (minima). Majlis menandatangani kontrak tersebut telah dilaksanakan di hadapan YBhg.datok Wira M.NoorAzman bin Taib Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan pada 30 Januari 2024 ( selasa) Jam 9pagi. Bertempat di Bilik Berlian Aras 18 , No 51, Persiaran Perdana, Prisint 4 Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, 62100 Putrajaya.

Berikut adalah maklumat program PEKB secara ringkas:

Bidang          : Kesihatan (Urutan Tradisional, Postnatal, Mobil Spa)

Negeri & Bilangan Peserta          : Perlis (30)

Wang Pemberian Bantuan          : RM301,500.00

 

Kumpulan sasar     : B40 miskin Bandar.

Perlaksanaan program ini melalui tiga fasa . Fasa pertama adalah proses pencarian dan bancian peserta. Seramai 30 orang yang merupakan golongan B40 telah tersenarai sebagai peserta. Fasa kedua adalah melaksanakan Kursus Urutan Tradisional, urutan Lepas Bersalin (Post Natal) dan Mobil Spa yang berlangsung selama 3 hari bermula 3 Mac 2024 sehingga 9 Mac 2024. Kursus telah jalankan di Savana Hotel Kuala Perlis dengan bimbingan tenaga pakar dari Barakah Helth Care Centre.

Perasmian penutup kursus telah disempurnakan oleh En Rahmad Bin Haron, Penolong Setiausaha Bahagian Kesejahteraan Komuniti, Kementerian Perumahan Dan Kajian Tempatan (KPKT). Turut hadir Pn Noor Azlina Binti Mohd Noh, Penolong Akauntan, Bahagian Kesejahteraan Komuniti, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Pn Alfiah Samingan setiausaha Yayasan MATRI dan En Khairui Anwar Hj. Husin selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan MATRI.

Gambar perasmian di Perlis
Gambar perasmian
Sesi penyerahan Watikah program

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best

More To Explore

Berita

Nombor Telefon Pejabat Rasmi yang Baharu

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه. Alhamdulillah, mulai hari ini Yayasan MATRI akan beroperasi menggunakan talian telefon di bawah. +603-8920 3500 Satu nombor untuk semua urusan