Penerimaan Bantuan Yayasan MATRI untuk pelajar Tadika PPMI

Share This Post

Tadika Pusat Pembangunan Minda Insan (PPMI) telah diwujudkan di lima lokasi Pantai Timur Sabah iaitu di daerah Semporna, Kunak dan 3 lokasi di daerah Lahad Datu. Sasaran utama Haluan Sabah adalah menyediakan wadah untuk anak-anak golongan terpinggir dan asnaf mendapatkan ilmu pendidikan. Pendidikan alternatif ini diambil supaya anak-anak ini tidak tercicir daripada sistem pendidikan dengan mendedahkan mereka sekurang-kurangnya dapat membaca dan menulis. Sistem Pendidikan PPMI dibangunkan oleh Haluan Sabah atas sokongan dan bantuan Haluan Malaysia serta bantuan-bantuan NGO dan individu. Yayasan Matri merupakan salah satu agensi yang turut memberi sumbangan khususnya kepada pelajar-pelajar tadika dari segi keperluan bantuan buku dan pakaian seragam. 

Peruntukan Bahan Peruntukan Bantuan Bilangan Pelajar
Buku Teks
RM 9,480.00
158 Orang
Buku Aktiviti
RM 11,376.00
158 Orang
Baju seragam lelaki
RM 2,240.00
70 Orang
Baju seragam perempuan
RM 3,080.00
88 Orang
Tudung
RM 1,760.00
88 Orang

JUMLAH KESELURUHAN

RM 27,936.00

Sistem Pendidikan melalui pembelajaran dan pengajaran menggunakan Modul Alim Soleh berjalan dengan lancar di semua tadika PPMI Sabah. Pembelajaran telah berlangsung untuk tahun 2022 dan 2023.

Sesi pembelajaran di PPMI Lahad Datu

Sesi pembelajaran di PPMI Semporna

Sesi pembelajaran di PPMI Kunak

Hasil bantuan yang diterima  telah memberi impak yang besar kepada semua pelajar tadika PPMI.  Para pelajar dapat menjalani sistem pendidikan dengan sempurna walaupun kekurangan dari segi kemudahan fasiliti. Penyediaan Modul Alim Soleh sangat membantu para guru dalam menyampaikan ilmu yang lebih tersusun dan berkualiti. Modul Alim Soleh telah memudahkan guru menerangkan kepada para pelajar tentang konsep ketuhanan. Buku yang disediakan menarik dan memudahkan murid-murid untuk membuat kerja sekolah. Selain daripada itu, program Alim Soleh sangat jelas dan mudah difahami. Kelebihan buku aktiviti yang disediakan juga memudahkan murid-murid mengingati apa yang diajar oleh guru-guru. Sesungguhnya bantuan yang diberikan sangat memberi manfaat kepada anak-anak yang berada di kawasan pedalaman Sabah. Semoga ilmu yang diperolehi akan menjadikan mereka salah seorang yang menyumbang kepada agama dan negara.

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best

More To Explore

Berita

Nombor Telefon Pejabat Rasmi yang Baharu

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه. Alhamdulillah, mulai hari ini Yayasan MATRI akan beroperasi menggunakan talian telefon di bawah. +603-8920 3500 Satu nombor untuk semua urusan