Tadika Dinamik, Lahad Datu, Sabah
Berlangsung dari 15 hingga 18 September 2023
Ditaja sepenuhnya oleh Yayasan MATRI

Disertai oleh 20 orang guru tadika .
Tadika yg menghantar wakil:
- Tadika Dinamik Lahad Datu,
- Tadika Nur Kasih Tawau,
- Tadika PPMI Kunak ,
- Tadika PPMI Kampung Tagupi,
- tadika PPMI Simuning,
- Tadika PPMI Perpaduan Kampung Hidayat,
- Tadika PPMI Pulau Bombom Sempurna.
4 orang guru pakar telah datang untuk memberi latihan – Puan Horsiah Ahmad, Puan Zulaini Ismail dan Puan Sofiah Hadi.
Objektif Kursus
- Memantapkan pengetahuan dan kemahiran pedagogi peserta kursus.
- Membugarkan para peserta kursus kepada Program Pendidikan Alim Soleh yang
terdiri daripada Teras dan Huraian Teras serta Tema, Asmaul Husna dan Surah Ar
Rahman. - Meningkatkan kemahiran merancang dan melaksanakan PdPc dengan
menggabung jalin Kurikulum Standard Pra Sekolah Kebangsaan (KSPK) KPM dengan
Kurikulum Alim Soleh HALUAN. - Meningkatkan penguasaan kemahiran strategi/kaedah pengajaran berkesan bagi
meningkatkan pembelajaran dan pencapaian murid dalam bilik darjah. - Boleh membuat refleksi kendiri terhadap amalan pembelajaran dan pengajaran
pembelajaran abad ke-21 serta Tauhid merentasi kurikulum
Hasil kursus:
Semua peserta berjaya mengikuti kursus sehingga tamat dan menerima sijil.
Hasil dari latihan sepanjang kursus
Semua guru telah dapat membuat rancangan mengajar dan bahan bantuan mengajar dengan baik.
Temubual wakil media HALUANITA dengan Cikgu Nur Afifah Aliah
“Saya sangat bersyukur kerana dapat mengikuti kursus ini sehingga tamat. Ia telah memberi saya harapan dan semangat baru untuk terus mendidik anak-anak tadika dengan ikhlas demi masa depan bangsa dan negara setelah melalui cabaran getir semasa covid 19 melanda negara.”
HALUANITA dan pihak penganjur juga sangat berbangga kerana objektif kursus tercapai.