Bengkel Tertutup Pendanaan Yayasan MATRI

Share This Post

Dalam menggerakkan kerja-kerja kebajikan, kolaborasi strategik diperlukan supaya setiap pihak yang terlibat berpeluang untuk memberi tumpuan kepada kekuatan masing-masing dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Justeru, Yayasan MATRI telah menganjurkan sebuah bengkel tertutup dengan pihak-pihak pelaksana projek-projek kebajikan dari sekolah-sekolah komuniti dan persatuan-persatuan alumni pelajar afiliasi kami bagi memahami lebih mendalam tentang pendanaan projek sosial.

Masing-masing dari sekolah Maahad Attarbiyah Al-IslamiyahMa’had Tahfiz Sains Darul Muttaqin (MASDAR)Sekolah Menengah Agama ‘Ibrah (SMA ‘Ibrah)Sekolah Menengah Agama Kampung Laut – SMAKL dan Sekolah Islam As Syddiq telah menyertai bengkel ini selain daripada perwakilan dari Persatuan Lepasan MATRI (PLM)Ikatan Kasih IBRAH – IKIBIkatan Lepasan MASDAR – ILMAS dan Lepasan Generasi As-Sydiq (LEGASY).

Bengkel selama 2 hari ini telah menghasilkan OUTPUT berikut:

  • Penyertaan perwakilan dari 9 organisasi pendidikan dan alumni.
  • 8 jenis kertas kerja berasaskan impak sosial telah dihasilkan sesuai untuk organisasi pendidikan dan alumni.
  • 13 peserta yang berkemahiran menghasilkan kertas kerja berasaskan impak sosial.

Dalam post seterusnya, kami akan berkongsikan OUTCOME (ripple effect) yang terhasil daripada bengkel ini.

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best

More To Explore

Aktiviti

Terima Kasih Penaja Sistem Solar MATRI

Alhamdulillah, sasaran kutipan dana bagi Projek Penjanaan Dana Pasif yang Lestari melalui Penjimatan Penggunaan Tenaga Elektrik telah berjaya dicapai dengan jumlah RM60,004.96. Dana ini telah