Dilema Mahasiswa Menghadapi Alam Pekerjaan

Memahami kegusaran yang sama yang dihadapi oleh alumni Ikatan Lepasan MASDAR (ILMAS), mereka tertarik dengan sebuah program pembangunan remaja inovasi sosial, PROGRAM ANAK KOMUNITI ciptaan Yayasan MATRI yang berjaya membina kesiapsiagaan anak² remaja Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Sena untuk keluar dari belenggu kemiskinan melalui pemetaan bakat yang menyeluruh.
Justeru, pada penghujung September yang lalu, kepimpinan alumni ILMAS, alumni dari salah satu sekolah benefisiari Yayasan MATRI, Maahad Tahfiz Sains Darul Muttaqin telah menjemput team Yayasan MATRI bagi memberi talk berkaitan perancangan masa depan para alumni dari segi kepemudaan dan sebagai organisasi pemuda dalam salah satu slot dalam program ILMAS Akrab Gathering (IMAGE) yang mereka anjurkan.
Slot selama 2 jam ini telah dihadiri oleh lebih dari 70 alumni dari 6 batch dimulakan dengan berkongsikan inspirasi kejayaan (success story) dari organisasi kepemudaan jika perancangan pembangunan pemuda dilaksanakan dengan tepat.
Pihak Yayasan MATRI telah membawakan Pengarah Eksekutif Rumah Kepemimpinan dari Indonesia, Tuan Adi Wahyu Adji secara atas talian yang berkongsikan kejayaan yang dicapai organisasi mereka dalam tempoh 20 tahun serta strategi² yang mereka laksanakan untuk mencapai kejayaan tersebut. Mereka inilah salah satu organisasi mahasiswa yang telah menggunakan kaedah pemetaan bakat bagi melahirkan kepimpinan di peringkat negara mereka pada masa kini. Kerana itulah Rumah Kepimpinan dikenali sebagai Inkubator Pemimpin Indonesia. Bermula dengan hanya 20 mahasiswa pada 2002, kini Rumah Kepemimpinan telah melahirkan 1874 pemimpin dalam pelbagai sektor yang mampu memberi biasiswa kepada 350 peserta mereka sekarang.
Pada kesempatan itu juga, pihak Yayasan MATRI telah melancarkan tabung infaq Yayasan MATRI-ILMAS mengambil inspirasi dari Rumah Kepemimpinan untuk memulakan usaha secara serius bagi menyusun gerak kerja ILMAS agar menjadi pemangkin pembangunan kepimpinan mahasiswa di Malaysia suatu hari nanti, insyaallah.
Mari kita sama-sama mendoakan agar ILMAS mampu merealisasikan impian ini kelak.
Jika anda salah seorang dari kalangan mahasiswa yang menghadapi dilema ini atau PERNAH menghadapi dilema ini, mari menderma dengan Yayasan MATRI agar lebih ramai mahasiswa bakal mendapat manfaat kerana kaedah pemetaan bakat yang digunakan bukanlah murah.

